MERDEKA
Berdiri, berlari dan mencari Sebuah ketenangan yang hakiki Tanpa tangisan dan rayuan didengari Tanpa ada darah yang mengalir di sana sini Namun, semuanya telah terjadi tanpa ada diingini Terasa sakit dan perit di dada ini Mengalirnya cecair merah membasahi diri Lalu rebah sambil menanti Sang maut datang menjemput kembali Terjaga dari tidurku yang lena Lena kerana aku berada di negara merdeka Tanpa ada yang menyakiti dan menyeksa Tiada lagi keperitan yang sama Kerana kita negara yang merdeka untuk selamanya Kerana perpaduan kita menjaga Kerana perpaduan kita saling melindungi bersama-sama Dengan adanya keprihatinan yang kekal abadi dan selamanya Badai datang melanda dan mengoncang dunia Masing-masing saling berjaga Agar tiada lagi yang terkorban dan tiada Tiada untuk selamanya-lamanya Kerana ini negara kita Sama-sama kita jaga Bersatu hati kita perangi segalanya Agar suatu hari nanti kita menang dengan gembira Mem...