MERDEKA

 Merdeka GIF - Merdeka - Discover & Share GIFs

Berdiri, berlari dan mencari

Sebuah ketenangan yang hakiki

Tanpa tangisan dan rayuan didengari

Tanpa ada darah yang mengalir di sana sini

Namun, semuanya telah terjadi tanpa ada diingini

Terasa sakit dan perit di dada ini

Mengalirnya cecair merah membasahi diri

Lalu rebah sambil menanti

Sang maut datang menjemput kembali

 

Terjaga dari tidurku yang lena

Lena kerana aku berada di negara merdeka

Tanpa ada yang menyakiti dan menyeksa

Tiada lagi keperitan yang sama

Kerana kita negara yang merdeka untuk selamanya

Kerana perpaduan kita menjaga

Kerana perpaduan kita saling melindungi bersama-sama

Dengan adanya keprihatinan yang kekal abadi dan selamanya

 

Badai datang melanda dan mengoncang dunia

Masing-masing saling berjaga

Agar tiada lagi yang terkorban dan tiada

Tiada untuk selamanya-lamanya

Kerana ini negara kita

Sama-sama kita jaga

Bersatu hati kita perangi segalanya

Agar suatu hari nanti kita menang dengan gembira

Membawa satu sejarah yang takkan pernah dilupa

 

Malaysia, kita perlu berjuang dan bersedia

Demi menjaga dan mempertahankan negara kita

Demi membuktikan kita boleh dan berjaya

Kemerdekaan masih wujud di jiwa

Semangat yang takkan pernah luput di dada

Kerana ini negara kita yang tercinta

Bangkit Malaysia

Bangun Malaysia

Berjuang demi Malaysia

Berjuang untuk selamanya

 

Terima kasih untuk merdeka ini

Harganya takkan mampu ditandingi

Erti kemerdekaan sangat bernilai

Perjuangan akan tetap diteruskan dan disusuri

Takkan mundur hingga menjemputnya mati

Selamat hari kemerdekaan yang ke-63 untuk Malaysiaku yang disayangi 

Flag Malaysia Animated Flag Gif




 

Comments

Popular posts from this blog

A SKETCH

THE LAST POST?

DECISION